Chit Chat Pengantin - SEENI Podcast [BM]

Selamat datang ke ’Chit Chat Pengantin’, podcast yang membincangkan segala tentang perkahwinan. Dari menghadapi cabaran bersama pasangan hingga ke peranan tok kadi, kita kongsi tips dan cerita inspiratif untuk bakal pengantin dan semua yang terpikat dengan dunia perkahwinan. Sertai kami dalam perjalanan penuh inspirasi ini! Chit Chat Pengantin merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI! Dibawakan oleh majalah Pesona Pengantin.

Listen on:

  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Wednesday Jan 03, 2024

Episod terbaru 'Chit Chat Pengantin' membincangkan situasi di mana ayah enggan jadi wali pernikahan anaknya. Kita dengar bagaimana si anak tetap bertekad untuk berkahwin dengan pilihan hatinya. Peguam Syarie, Muhammad Syazmee Sapian dari Syazmee Sapian & Associates, akan memberi pandangan dan solusi dalam menangani masalah ini.
Chit Chat Pengantin merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!
Dibawakan oleh majalah Pesona Pengantin.

Wednesday Dec 27, 2023

Episod 'Chit Chat Pengantin' ini membuka topik sensitif: wanita yang mengetahui bakal suaminya sukakan kaum sejenis. Kita selami perasaan dan dilema mereka, serta pilihan sulit yang dihadapi. Dengarkan bagaimana wanita ini menghadapi situasi ini dengan kekuatan, pengetahuan, dan harapan untuk membawa perubahan dalam perkahwinan.
Chit Chat Pengantin merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!
Dibawakan oleh majalah Pesona Pengantin.

Wednesday Dec 20, 2023

Ustaz Wan Mohd Rahim Bin Wan Yusoff, Naqib/Pegawai Hal Ehwal Islam Merangkap Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk (PPNCR) (Imam Jurunikah) bagi kawasan Masjid Al-Ikhlasiah (Pantai Dalam, Kuala Lumpur) berkongsi pengalaman selama lebih kurang 13 tahun berkhidmat sebagai imam jurunikah. Menurut Ustaz Wan Mohd Rahim, pengantin lelaki berdebar-debar, mengalami darah gemuruh, berpeluh-peluh dan terketar-ketar masih ada ketika proses akad nikah dijalankan. Nasihat Ustaz Wan Mohd Rahim, jurunikah elak menyusahkan pengantin lelaki. Permudahkan urusan pernikahan dengan menyediakan teks akad nikah supaya pengantin lelaki lancar melafazkan akad nikah.
Chit Chat Pengantin merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!
Dibawakan oleh majalah Pesona Pengantin

Wednesday Dec 13, 2023

Episod 'Chit Chat Pengantin' kali ini membincangkan berkaitan meneruskan perkahwinan sekiranya bakal pasangan menghidap penyakit kronik. Ada syarat? Apa hukumnya? Patut ke teruskan? Semua soalan akan terjawab dalam Chit Chat Pengantin!
Chit Chat Pengantin merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!
Dibawakan oleh majalah Pesona Pengantin.

Copyright 2023 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125